Khamis, 2 Februari 2012

TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (MDAB - MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA) DI UiTM JOHOR SESI MEI - OKTOBER 2012

Adalah di maklumkan bahawa UiTM Johor memerlukan calon-calon yang berkelayakan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan (MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa).  Oleh itu, mohon bantuan semua staf akademik dan bukan akademik untuk membantu pihak pengurusan UiTM Johor menawarkan program pra diploma perdagangan (MDAB) ini bagi mereka yang layak.  

Maklumat yang perlu di ambil perhatian.

Ø  Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.

Ø  Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan di tawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini. 

Ø  Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002 

      3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu.  Penunjuk seperti di bawah : 

            Kredit              -  Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
            Lulus                -  Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)
            Kredit              -  2 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

Ø  Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA MEI 2012) adalah pada atau sebelum 18 APRIL 2012.

Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di Unit Komunikasi & Korporat dalam masa terdekat ini.  Tuan / Puan juga boleh mendapatkan borang tersebut di laman web UiTM Johor di:

http://johor.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8523Amengubah-destini-anak-bangsa-borang&catid=1%3Alatest-news&Itemid=453

Ø  Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama 1 salinan IC, 1 salinan sijil kelahiran, 1 salinan keputusan SPM dan 1 salinan penyatan  pendapatan keluarga.  Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.