Khamis, 2 Februari 2012

TAWARAN MELANJUTKAN PENGAJIAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN (MDAB - MENGUBAH DESTINI ANAK BANGSA) DI UiTM JOHOR SESI MEI - OKTOBER 2012

Adalah di maklumkan bahawa UiTM Johor memerlukan calon-calon yang berkelayakan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan (MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa).  Oleh itu, mohon bantuan semua staf akademik dan bukan akademik untuk membantu pihak pengurusan UiTM Johor menawarkan program pra diploma perdagangan (MDAB) ini bagi mereka yang layak.  

Maklumat yang perlu di ambil perhatian.

Ø  Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.

Ø  Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan di tawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini. 

Ø  Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002 

      3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu.  Penunjuk seperti di bawah : 

            Kredit              -  Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
            Lulus                -  Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)
            Kredit              -  2 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

Ø  Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA MEI 2012) adalah pada atau sebelum 18 APRIL 2012.

Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di Unit Komunikasi & Korporat dalam masa terdekat ini.  Tuan / Puan juga boleh mendapatkan borang tersebut di laman web UiTM Johor di:

http://johor.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8523Amengubah-destini-anak-bangsa-borang&catid=1%3Alatest-news&Itemid=453

Ø  Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama 1 salinan IC, 1 salinan sijil kelahiran, 1 salinan keputusan SPM dan 1 salinan penyatan  pendapatan keluarga.  Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.

Khamis, 10 November 2011

HEBAHAN KE-6 : CALON BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PRA DIPLOMA DI UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT SESI NOV 2011 - APRIL 2012

TAHNIAH!!


Calon pelajar yang berikut telah ditawarkan untuk mengikuti program Pra Diploma Perdagangan di UiTM Johor Kampus Segamat.  Tarikh Pendaftaran adalah pada 16 November 2011 bermula pukul 8.30 pagi - 4.30 petang. 


Sila pastikan :

1. Anda membuat semakan surat tawaran di http://istudent.uitm.edu.my/intake

2. Senarai keperluan sebagai pelajar baru


KAMI MENUNGGU KEHADIRAN ANDA DI SINI......

Isnin, 24 Oktober 2011

CALON BERJAYA DITAWARKAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM PRA DIPLOMA DI UiTM JOHOR KAMPUS SEGAMAT SESI NOV 2011 - APRIL 2012

TAHNIAH!!

Calon pelajar yang berikut telah ditawarkan untuk mengikuti program Pra Diploma Perdagangan di UiTM Johor Kampus Segamat.  Tarikh Pendaftaran adalah pada 16 November 2011 bermula pukul 8.30 pagi - 4.30 petang. 


Sila pastikan :

1. Anda membuat semakan surat tawaran di http://istudent.uitm.edu.my/intake

2. Senarai keperluan sebagai pelajar baru


KAMI MENUNGGU KEHADIRAN ANDA DI SINI......

Rabu, 17 Ogos 2011

Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma MDAB kemasukan November 2011

UiTM Johor memerlukan calon-calon yang berkelayakan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan (MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa).


Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.

Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan di tawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini.

Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002

3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu. Penunjuk seperti di bawah :

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)
Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah  satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA NOV 2011) adalah pada atau sebelum 30 SEPTEMBER 2011.

Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di kaunter HEA, UiTM Johor atau Encik Hisyammudin, Pegawai Eksekutif BHEA Kampus Larkin dalam masa terdekat ini. Tuan / Puan juga boleh mengisi borang secara on-line atau mendapatkan borang secara manual di link Permohonan Pra Diploma MDAB.

Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama 1 salinan IC, 1 salinan sijil kelahiran, 1 salinan keputusan SPM dan 1 salinan penyata pendapatan keluarga. Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.


Sila hantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan ke:


UNIT MDAB
D/A UNIT KORPORAT
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KM12 JALAN MUAR
85009 SEGAMAT
JOHOR


atau FAKS : 07-9352381 @ 07-9352277

Khamis, 26 Mei 2011

TAWARAN KEMASUKAN UNTUK MEI 2011 DIHENTIKAN (PERMOHONAN YANG DITERIMA SELEPAS 21 MEI 2011)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Oleh kerana kouta yang diperlukan telah di isi sepenuhnya, pihak kami dengan ini memaklumkan bahawa semua permohonan yang diterima selepas 21 Mei 2011 akan di proses untuk kemasukan Intake November 2011 pula.  Dan adalah diingatkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program MDAB adalah diterima sepanjang tahun cuma kemasukan adalah hanya pada Bulan Mei dan November setiap tahun.

Harap maklum.  Wassalam.

Rabu, 18 Mei 2011

SENARAI SEMAK KEPERLUAN PELAJAR BARU SEMASA HARI PENDAFTARAN PADA 22 MEI 2011 (AHAD)

Sila download di URL yang berikut :

http://www.4shared.com/document/lyN2t6pC/senaraisemak.html

SENARAI PELAJAR YANG BERJAYA DITAWARKAN PROGRAM PRA DIPLOMA PERDAGANGAN DI UiTM JOHOR

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Disertakan senarai pelajar yang berjaya di tawarkan untuk mengikuti Program Pra Diploma Perdagangan di UiTM Johor, Kampus Segamat.  Tarikh pendaftaran sebagai pelajar adalah pada 22 Mei 2011 (Ahad).  Sila cetak surat tawaran & dokumen berkaitan di di laman web berikut :

http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=frontpg

Senarai yang berjaya :

http://www.4shared.com/document/HCNSRHms/senaraimdab195_.html