Maklumat yang perlu di ambil perhatian.
Ø Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.
Ø Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan di tawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini.
Ø Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002
3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu. Penunjuk seperti di bawah :
Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)
Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)
Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah satu program diploma di fakulti berikut:
Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi
Ø Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA MEI 2012) adalah pada atau sebelum 18 APRIL 2012.
Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di Unit Komunikasi & Korporat dalam masa terdekat ini. Tuan / Puan juga boleh mendapatkan borang tersebut di laman web UiTM Johor di:
http://johor.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8523Amengubah-destini-anak-bangsa-borang&catid=1%3Alatest-news&Itemid=453
Ø Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama 1 salinan IC, 1 salinan sijil kelahiran, 1 salinan keputusan SPM dan 1 salinan penyatan pendapatan keluarga. Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.
bila tarikh tutup permohonan ini untuk kemasukan november/disember ?
BalasPadam