Rabu, 17 Ogos 2011

Permohonan Kemasukan ke Program Pra Diploma MDAB kemasukan November 2011

UiTM Johor memerlukan calon-calon yang berkelayakan untuk di tawarkan melanjutkan pengajian ke program pra diploma perdagangan (MDAB-Mengubah Destini Anak Bangsa).


Pelajar Lepasan SPM tahun 2005 dan ke atas adalah di alu-alukan untuk memohon.

Calon yang pendapatan keluarganya di bawah RM2000.00 sebulan sahaja akan di tawarkan untuk program pra diploma perdagangan (MDAB) ini.

Kelayakan yang diperlukan untuk Pra Perdagangan - PD002

3 subjek mesti kredit termasuk subjek Bahasa Melayu. Penunjuk seperti di bawah :

Kredit - Bahasa Melayu (Wajib bagi kemasukan ke UiTM)
Lulus - Bahasa Inggeris & Matematik (Gred E8 ke atas sahaja)
Kredit - 2 subjek lain (teras atau elektif)

Pelajar yang lulus program Pra Perdagangan akan diserapkan untuk mengikuti salah  satu program diploma di fakulti berikut:

Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Sains Pentadbiran dan Polisi, Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Pengurusan Maklumat, Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Seni Lukis dan Seni Reka, Komunikasi dan Pengajian, Sains Sukan dan Rekreasi

Tarikh TUTUP PERMOHONAN (FASA NOV 2011) adalah pada atau sebelum 30 SEPTEMBER 2011.

Borang permohonan pra diploma perdagangan (MDAB) boleh di dapati di kaunter HEA, UiTM Johor atau Encik Hisyammudin, Pegawai Eksekutif BHEA Kampus Larkin dalam masa terdekat ini. Tuan / Puan juga boleh mengisi borang secara on-line atau mendapatkan borang secara manual di link Permohonan Pra Diploma MDAB.

Setiap permohonan hendaklah di hantar bersama-sama 1 salinan IC, 1 salinan sijil kelahiran, 1 salinan keputusan SPM dan 1 salinan penyata pendapatan keluarga. Jika kesemua salinan dokumen yang diperlukan ini tidak disertakan, permohonan calon tidak akan di proses.


Sila hantar cetakan borang dan dokumen yang diperlukan ke:


UNIT MDAB
D/A UNIT KORPORAT
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KM12 JALAN MUAR
85009 SEGAMAT
JOHOR


atau FAKS : 07-9352381 @ 07-9352277